Majlis Angkat Sumpah barisan Kabinet baharu

Enam menteri dan sembilan timbalan menteri lantikan baru ke dalam kabinet, selamat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Rabu. Upacara berlangsung di bilik singgahsana kecil, Istana Negara tepat jam 10 pagi. Ia turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Source: Astro Awani