KENYATAAN MEDIA : RAKYAT SARAWAK BUAT PILIHAN YANG TEPAT DENGAN BERI MANDAT BESAR KEPADA TAN SRI ADENAN SATEM DAN BARISAN NASIONAL – 7 MEI 2016

KUALA LUMPUR – Kejayaan besar yang dicatat oleh Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) ke-11 ini merupakan bukti BN sebagai pilihan terbaik untuk terus mentadbir negeri Sarawak di bawah kepimpinan Tan Sri Adenan Satem selaku Ketua Menteri.

2) Mandat besar yang diberikan kepada BN adalah isyarat dari rakyat Sarawak kepada parti dan juga Tan Sri Adenan Satem yang mendapat kepercayaan untuk menjamin kelangsungan masa depan rakyat Sarawak.

3) Kegagalan parti-parti pembangkang untuk bersepakat dalam isu calon membuktikan mereka tidak boleh dipercayai apatah lagi untuk mentadbir negeri sehingga membuatkan rakyat Sarawak menolak mereka dengan kekalahan besar pembangkang ini.

4) Pastinya kemenangan BN di PRN Sarawak ini merupakan pembakar semangat dan meletakkan kita di landasan yang tepat menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) kelak.

5) Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemimpin BN samada di peringkat pusat mahupun negeri serta semua jentera parti atas kejayaan ini.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri