AHLI PARLIMEN PENGERANG BERI SUMBANGAN KEPADA PENDUDUK

PENGERANG, 29 Oktober – Dalam menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said juga sering turun ke kawasan setiap bulan bagi menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Pengerang.

Kali ini, dalam kesibukan Dewan Rakyat sedang bersidang, YB Dato’ Sri turun ke Felda Air Tawar bagi menghadiri majlis ramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan dari Kampung Felda Air Tawar.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Ir. Syed Sis Bin Syed Abd Rahman, ADUN Tanjung Surat.

 

whatsapp-image-2016-11-14-at-20-52-01-10 whatsapp-image-2016-11-14-at-20-52-01-9 whatsapp-image-2016-11-14-at-20-52-01-8 whatsapp-image-2016-11-14-at-20-52-01-6 whatsapp-image-2016-11-14-at-20-52-01-5 whatsapp-image-2016-11-14-at-20-52-01-4