SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT PARLIMEN PENGERANG

PENGERANG, 12 Nov – Masyarakat India di Pengerang diraikan di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Parlimen Pengerang yang dianjurkan oleh MIC Bahagian Pengerang yang bertempat di Dewan Felda Papan Timur, Pengerang.

YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan berupa barang-barang keperluan harian dapur bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.

Walaupun sambutan Deepavali telah berlalu, namun kemeriahan masih terasa dengan kehadiran penduduk-penduduk kaum India. Majlis turut dihadiri oleh Dr. T. Kanniappan, Pengerusi MIC Bahagian Pengerang.

whatsapp-image-2016-11-12-at-20-43-12 whatsapp-image-2016-11-12-at-20-43-17