AHLI PARLIMEN PENGERANG RASMI DEWAN KOMUNITI FELDA PAPAN TIMUR

PENGERANG, 12 Nov – Pembangunan luar bandar sentiasa menjadi menjadi keutamaan dan tidak pernah dilupakan. Kerajaan sentiasa peka dan menghargai keperluan para penduduk luar bandar.

YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri turun padang bagi merasmikan Dewan Komuniti Felda Papan Timur. Beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000.00 bagi tujuan pembinaan dewan ini.

Beliau berharap agar Dewan ini dapat dimanfaatkan bersama oleh masyarakat setempat. Selain itu, beliau turut menyampaikan peralatan dan kemudahan sukan kepada persatuan-persatuan belia di bawah Parlimen Pengerang.

Ketibaan beliau disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat oleh para penduduk setempat dengan  turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

 

whatsapp-image-2016-11-12-at-20-43-16 whatsapp-image-2016-11-12-at-20-43-29 whatsapp-image-2016-11-12-at-20-43-39-1