59 Buah Sekolah Di Pengerang Terima Set Projektor Berjumlah RM280,000.00

PENGERANG, 12 Nov – YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri berbesar hati untuk memberi sumbangan kepada 59 buah sekolah di dalam Parlimen Pengerang iaitu berupa sebuah projektor bagi setiap sekolah dengan peruntukkan RM280,000
“Sumbangan ini pastinya akan memudahkan kaedah pengajaran oleh guru-guru melalui penggunaan teknologi masa kini. Malah saya percaya ia membantu menarik perhatian dan pembelajaran pelajar-pelajar; ia satu usaha dan cara kita meningkatkan prestasi para pelajardan sekolah amnya,” kata beliau semasa memberikan ucapan.
 
Kerajaan sentiasa menggalakkan usaha para pendidik untuk menjadi lebih kreatif dan kritis dalam memastikan pencapaian sekolah sentiasa berada dilandasnya.

whatsapp-image-2016-11-12-at-20-43-31 whatsapp-image-2016-11-12-at-20-43-43 whatsapp-image-2016-11-12-at-20-43-44-1 whatsapp-image-2016-11-12-at-20-43-44