KENYATAAN MEDIA: MENJUNJUNG KASIH TUANKU

KUALA LUMPUR – Saya selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen menjujung kasih diatas pekenan Tuanku merasmikan Persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen ke-13.

2. Saya juga berterima kasih atas perkenan Tuanku untuk memastikan pindaan Akta Kebankrapan 1967 diteruskan bagi memberi nafas baru kepada golongan bankrap. Selain itu juga, saya akan berusaha untuk memastikan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dapat dibentangkan dalam sidang kali ini.

3. Setakat 28 Februari 2017, sebanyak empat Rang Undang-Undang (RUU) telah disahkan akan dibuat bacaan Kedua dan Ketiga pada sidang ini. Dijangka terdapat juga Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan akan dibentangkan pada sidang kali ini. Antara RUU yang akan melalui bacaan Kedua dan Ketiga adalah RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016; RUU Kebankrapan (Pindaan) 2016; RUU Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016; dan RUU Setem (Pindaan) 2016.

4. Dengan pembukaan sidang kali ini yang menggunakan dewan asal yang telah dinaik taraf dan diubah suai, diharap mampu memberi suasana yang kondusif sekaligus memastikan perbahasan dapat berjalan dengan baik. Saya ucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli-Ahli Parlimen.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

6 Mac 2017