SIARAN MEDIA : 25 APRIL 2017

36297d67-8036-4eab-be28-fd0c03eaf772PEJABAT YB DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook “Otai BERSIH” petang semalam susulan daripada posting pihak berkenaan yang memaparkan gambar YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri beserta tulisan kapsyen “Tiada seorang pun sanggup nak rogol saya..”.

2. Laporan polis itu telah dibuat oleh Setiausaha Sulit Kanan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Chyairreil Annwar Akmal di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 6.00 petang semalam. Laporan polis ini untuk tujuan keselamatan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said dan sekaligus menafikan kandungan posting tersebut. Kandungan posting ini adalah palsu dan bersifat jelik.

3. Susulan daripada itu, laporan turut dibuat di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pagi ini. Laporan-laporan ini bertujuan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah guna media sosial.

Pejabat YB Dato’ Sri Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

25 April 2017