SIARAN MEDIA : LAWATAN KERJA KE INDIA KAJI PENUBUHAN MAHKAMAH JENAYAH KHAS

PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID

NEW DELHI – Sebaik Dewan Negara meluluskan RUU Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina Othman Said mengadakan lawatan kerja ke New Delhi, India bermula hari ini bagi mengkaji pelaksaaan Mahkamah Jenayah Khas untuk mengendalikan kes-kes berhubung jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

2- Dalam lawatan kerja tersebut, beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Hakim Mahkamah Agung Delhi Yang Amat Arif Jagdish Singh Khehar dan Pemangku Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Delhi, Yang Amat Arif Gitta Mittal. Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Chew Mei Fun dan Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ P. Kamalanathan.

Baca lanjut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1516956598355127&substory_index=0&id=995044377213021