KENYATAAN MEDIA – RUU 164 BAHARU DIBENTANG ESOK

KUALA LUMPUR – Pada hari ini kerajaan telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 untuk menarik semula Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2016 (Akta 164).

2. Pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis dimana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat.

3. Bagaimanapun, Kerajaan telah meminda Rang-Undang-Undang tersebut untuk dibacakan kali pertama dan dibahaskan dalam sidang kali ini dengan mengugurkan Fasal 88A. Notis pemberitahuan terhadap RUU yang baharu telah dihantar kepada Dewan Rakyat.

4. Sehubungan itu, kerajaan berharap semua pihak mengambil perkara ini secara positif demi memelihara prinsip kemajmukan bangsa dan agama dalam kalangan rakyat di negara ini. Justeru semua pihak diharap menyokong RUU baharu ini dan tidak mempolitikan isu ini.