KENYATAAN MEDIA – RANG UNDANG-UNDANG MEMBAHARUI UNDANG-UNDANG (PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN) (PINDAAN) 2016 SELARAS DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian) (Pindaan) 2016 (Akta 164) tanpa Fasal 88A seperti mana yang disebut dalam kenyataan media semalam.

2.Kerajaan berpendirian bahawa pindaan terhadap Rang Undang-Undang ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan keputusan kes di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan sebelum ini. Keputusan ini juga dibuat bagi memastikan tiada mana-mana pihak mencabar kesahan undang-undang ini di bawah Fasal (1) Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.

3.Kerajaan serius dalam membuat pindaan terhadap undang-undang ini demi menjaga keharmonian rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini. Disamping memastikan tuntutan seperti hak jagaan dan nafkah anak-anak sehingga ke peringkat pendidikan tertinggi adalah terpelihara dan terjamin.