KENYATAAN MEDIA : DEWAN NEGARA DITANGGUH, LULUS 19 RUU

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-13 ditangguhkan hari ini dengan meluluskan 19 Rang Undang-Undang. Walaupun bersidang dalam enam hari, komitmen yang ditunjukkan dalam perbahasan setiap Rang Undang-Undang amat membanggakan.

2. Berikut adalah 19 Rang Undang-Undang yang diluluskan; Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Akses Kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017, Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017, Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017.

3. Antara yang menjadi tumpuan rakyat adalah Rang Undang-Undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Bantuan Guaman (Pindaan) 2017. Saya mendapati penglibatan yang aktif di kalangan Ahli-Ahli Dewan Negara menunjukkan bahawa Dewan yang mulia ini meneruskan proses semak dan imbang dalam penggubalan Undang-Undang. Suasana ini menunjukkan sistem demokrasi berparlimen terus subur dan dimartabatkan.

4. Terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyatakan komitmen dalam meluluskan 19 Rang Undang-Undang ini. Rang Undang-Undang ini akan dikemukakan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebelum diwartakan.