KENYATAAN MEDIA : BAJET KERAJAAN REALISTIK DAN MESRA RAKYAT

KUALA LUMPUR – Tahniah saya ucapkan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak atas pembentangan Bajet 2018 di Parlimen hari ini. Bajet 2018 membuktikan kerajaan begitu konsisten dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terbela serta ekonomi dan masa depan negara terus terjamin.

2. Kerajaan sentiasa realistik dalam menentukan dasar ekonomi negara bagi menjamin segala komitmen dapat direalisasikan dan dizahirkan kepada rakyat. Kerajaan tidak seperti pembangkang yang hanya memberi angan-angan kosong untuk mengejar popularity.

3. Saya sebagai Ahli Parlimen Pengerang menyambut baik pengumuman yang dibuat YAB Perdana Menteri terhadap masyarakat Felda dan peruntukan pembangunan luar bandar dalam memastikan tiada rakyat yang tertinggal dalam arus pembangunan. Selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Undang-Undang, saya juga berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dalam memperluaskan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak.
DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
27 Oktober 2017