KENYATAAN MEDIA : PEMBANGKANG TIDAK BOLEH TERIMA KEKALAHAN

KUALA LUMPUR – Cubaan pembangkang untuk mengagalkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui undian belah bahagian nyata tidak berjaya, apabila anggaran perbelanjaan untuk kementerian tersebut telah diluluskan dengan simple majority.

2. Pembangkang dilihat seperti tidak boleh menerima keputusan tersebut apabila menimbulkan kekecohan di dalam Dewan walaupun Timbalan Speaker Dewan Rakyat telah memutuskan keputusan tersebut. Keputusan undi belah bahagian ini juga membuktikan sistem demokrasi di Dewan yang mulia ini terus subur dan perkara ini tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

3. Anggota-anggota Parlimen perlu menghormati keputusan ini kerana proses yang ini dijalankan mengikut prosedur yang dibenar dibawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Saya percaya semua anggota Parlimen akan terus menjaga nama baik Dewan yang mulia ini.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
21 November 2017