KENYATAAN MEDIA : PAU2017: BAWA OBOR PRESIDEN MENUJU PRU14

KUALA LUMPUR – Saya ucapkan tahniah kepada YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas ucapan dasar yang penuh bersemangat dan cukup bermakna. Saya percaya semua perwakilan yang hadir terkesan dan memahami maksud yang disampaikan oleh Presiden UMNO bahawa kita berada di selekoh terakhir menuju PRU-14.

2.​ Berkat kebersamaan kita di belakang Presiden UMNO, satu persatu kebenaran telah terserlah bahawa tuduhan yang dilemparkan pembangkang terhadap UMNO selama ini hanya sebagai propaganda dan persepsi semata-mata. Kebersamaan kita ini juga memberi tamparan hebat kepada pembangkang yang kini semakin goyah dan menanti belah.

3 . UMNO sebagai parti tunjang BN mempunyai hala tuju yang terancang dan jelas untuk terus memajukan rakyat dan negara. Rakyat mempunyai alasan yang kukuh untuk yakin dengan keupayaan UMNO dan BN dalam membela nasib rakyat keseluruhannya.

4.​ Saya berharap semua ahli-ahli UMNO terus mengikat ikrar bersama parti dengan membawa obor Presiden untuk mencatat kemenangan besar dalam PRU14. Saya juga percaya rakyat tidak mungkin sanggup memperjudikan masa depan anak cucu mereka dan negara dengan memilih pembangkang yang tiada perjuangan yang jelas.

Saya ucapkan Selamat Bersidang kepada semua yang hadir pada PAU2017.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
7 Disember 2017