KENYATAAN MEDIA : KONSULTASI AWAM UNTUK PENGAMAL UNDANG-UNDANG MULA DIBUKA SECARA DALAM TALIAN

PUTRAJAYA – Laporan Perbincangan Focus Group bagi Merangka Pelan Tindakan (Blueprint) Profession Undang-Undang di Malaysia telah dibuka secara dalam talian untuk konsultasi awam (public consultation). Orang awam dan pengamal undang-undang boleh mula melayari https://lpaconsultation.com.my untuk turut sama memberi input dan pandangan berkaitan masa depan profession perundangan di Malaysia termasuk pindaan kepada Akta Profession Undang-Undang 1976 (Akta 166).

2. Konsultasi awam ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk mendapatkan penglibatan yang lebih ramai khusus dalam kalangan pengamal undang-undang untuk memberikan pandangan dan cadangan terhadap laporan itu. Inisiatif ini bukan sahaja membuktikan keterbukaan Kerajaan dalam melaksanakan sebarang perubahan dasar malah ia juga sebagai langkah untuk memastikan profession undang-undang terus berada pada standard yang terbaik.

3. ​Antara isu utama yang dimuatkan dalam laporan ini ialah (i) isu pendidikan undang-undang (ii) improvisasi Pendidikan undang-undang di Malaysia dan (iii) isu berkaitan dengan pengamal undang-undang. Semua maklum balas dan cadangan melalui konsultasi awam ini akan dikumpulkan oleh Jawatankuasa Perunding Khas sebelum dibentang ke Kabinet.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
28 Februari 2018