KENYATAAN MEDIA : MENJUNJUNG KASIH TUANKU: ISU KESELAMATAN TIDAK BOLEH DIPERSENDAKAN

KUALA LUMPUR – Saya selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen menjujung kasih di atas perkenan KDYMM Tuanku merasmikan Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keenam Parlimen ke-13.
2. ​Menjunjung kasih titah Tuanku bahawa isu keselamatan dan keamanan negara tidak boleh dipersendakan dan menjadi mainan politik oleh mana-mana pihak. Sememangnya Kerajaan hari ini tidak pernah berkompromi dalam soal keselamatan dan keamanan negara sama ada ancaman itu dari dalam ataupun luar negara yang turut merangkumi ruang siber.
3.​ Saya juga merafak sembah ucapan terima kasih atas perkenan Tuanku untuk Kerajaan menangani berita palsu melalui cadangan kepada penggubalan Undang-Undang yang baharu. Rang Undang-Undang ini masih diperhalusi di peringkat Jawatankuasa dan sesi perbincangan masih lagi berjalan bersama pihak-pihak berkepentingan. Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memastikan isu ini dapat ditangani secara berkesan dan holistik.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

5 Mac 2018