Optimis, Johor kekal menang milik UMNO

15 MAC: Johor diyakini kekal milik UMNO.

Tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said ia diambil kira berdasarkan pembangunan dan kemajuan yang diperoleh rakyat Johor khsususnya di kawasan Desaru daripada dua projek mega iaitu projek mega Desaru Theme Park dan Projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) bertaraf antarabangsa.

“Rakyat Desaru akan dapat manfaat daripada 2 projek besar, saya harap kalau rakyat Desaru nak pilih wakil rakyat biarlah wakil rakyat DUN dan parlimen boleh membangunkan kawasan dengan lebih maju, kalau pilih pembangkang buat perabih besar sahaja lah, apa yang mereka boleh buat dengan pembangunan dan arus pesat yang berlaku di Johor sekarang?

“Saya yakin kajian itu tak betul, saya boleh beting dengan Invoke, Johor akan menang besar,” katanya dalam majlis ramah mesra bersama Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur, Khamis.

Terdahulu, pengasas Invoke yang juga naib presiden PKR iaitu Rafizi Ramli mendakwa pakatan pembangkang mampu menang di lima negeri, iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor dengan PH dijangka memenangi 89 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Tambah Azalina, pembangkang hanya akan terus menggunakan isu basi seperti yang dibawa bekas pemimpin UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal untuk mempengaruhi mentaliti rakyat sekaligus mengharap dapat menumbangkan UMNO di negeri itu.

“Mungkin mereka guna isu yang dipakai bunga raya (PPBM) yang bertanding di Johor nanti pun banyak bekas pemimpin UMNO, ibarat nyamuk tak dapat kelambu nak bertanding tak dapat, akan bertanding atas tiket lain lah kot.

“Semalam saya dengar Muhyiddin dan Shafie cakap isu sama, isu basi, tak habis-habis cakap isu sama, kita dah cakap dia masih lagi nak cakap isu yang sama, mungkin dia ingat rakyat tak begitu faham isu Negara tempatan.

“Yang saya tahu matawang dah naik, pembangunan naik, Pengerang ada 2 projek besar, dulu yang bantah pun dah dapat manaat daripada perniagaan RAPID, mereka bising-bising ini mungkin cara mereka menghasut rakyat.

“Takkan mereka nak bagi kredit kepada BN yang sudah membangunkan projek mega di peringkat dunia? RAPID dah jadi sebutan dunia,” katanya lagi.

Tambah Azalina lagi, wakil rakyat yang dipilih rakyat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) haruslah lebih fokus dengan masalah yang berlaku di sekeliling rakyat.

“Kalau nk lantik ADUN, wakil rakyat hanya kerana falsafah poliitk, bila longkang sumbat, bocor siapa nak selesai masalah? Balik-balik ini berlaku masih cari wakil rakyat, hari ni wakil rakyat kena lebih fokus, macam PM cakap pasal air.

“Nafi tak nafi Maximus dah terangkan perjanjian itu kena ada sepakat, isunya sekarang rakyat yang merana, ini pembangkang  dia nak cakap BN yang sabotaj tapi isu air ni isu lama, jadi kalau ikhlas kita kena selesai takkan nak biar rakyat berhari-hari takda air? Kalau BN nak aniaya, Maximus boleh sebut lagi tentang penyelesaian perjanjian, maka komitmen itu ada,” ujarnya lagi.