Jika anda merupakan salah seorang dari kes positif covid-19 dan masih berada di rumah , saya menyarankan agar anda semua patuh kepada SOP yang ditetapkan ini .
Duduk di bilik berasingan daripada ahli rumah yang lain
Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitzer.
Pantau diri sendiri setiap hari untuk gejala, jika gejala bertambah teruk seperti sesak nafas atau demam yang terlalu tinggi , terus hubungi 999 untuk bantuan kecemasan.
Jika terpaksa berkongsi bilik air, pastikan bilik air dibersihkan atau disinfeksi setiap kali selepas digunakan .
Pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter dengan ahli rumah yang lain.
Bersama kita putuskan rantaian COVID-19 ini .
#YBAOS #KitaJagaKita #P157Pengerang #PengerangPrihatin #BersamaHentikanWabakCOVID19