Selain daripada isu perumahan dan peluang perniagaan, isu peluang pekerjaan untuk anak tempatan juga selalu saya titikberatkan.
Saya berkesempatan mengadakan satu Sesi makan tengah hari bersama Operator – operator hotel dibawah Desaru Coast (Adventure Water Park, The Els Club, Hard Rock Hotel, The Westin, ANANTARA, dan One & Only).
Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai peluang pekerjaan untuk anak tempatan. Anak jati Pengerang perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dan merebut peluang ini berbanding imigrasi ke tempat yang lain.
InshaAllah pelbagai program untuk mendedahkan anak tempatan dengan syarikat-syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan terutama di Desaru Coast akan diatur dan dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat.
