Berita Parlimen Pengerang

Mesyuarat Majlis Perbandaran Pengerang bersama Wakil Pemimpin rakyat di Pengerang.

Satu mesyuarat telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) bersama wakil pemimpin setempat mengenai perancangan pembangunan MPP pada masa akan datang yang melibatkan perancangan pembangunan Bandar Pintar (Smart Pengerang) dan Rendah Karbon, termasuklah penyediaan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Kota tinggi 2030 (penggantian) yang dibentangkan oleh PlanMalaysia Zon Selatan yang dijangka siap pada Mei 2021.

Antara isu yang telah saya ketengahkan ialah mengenai kesan kenaikan harga barang dan rumah apabila sesuatu pembangunan pesat dilaksanakan. Justeru itu, saya telah menegaskan agar pihak berwajib untuk menititberatkan isu ini supaya di dalam kita mengejarkan sesuatu kemajuan tetapi dalam masa yang sama kita tidak meminggirkan tentang kos sara hidup masyarakat.

Insyaallah, langkah yang terbaik akan sentiasa diambil dalam memastikan masyarkat Pengerang dapat menikmati kemajuan yang akan dirangka.

#MPPengerang #KitaJagaKita #PengerangPrihatin

Total Page Visits: 222 - Today Page Visits: 3

Related Articles

Bantuan Mahasiswa #PengerangPrihatin
Sesi Menandatangani MOA Program #MySihat@Pengerang.
Menu