Isu - Wanita

Pelantikan Ahli Parlimen Pengerang: Wanita Pertama Sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Pemerkasaan Wanita

Pada 13 July 2020 lalu Dato Sri’ Azalina Othman Said melakar sejarah setelah dilantik sebagai wanita yang pertama memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa kerajaan Malaysia tidak mendiskriminasikan jantina. Tambahan lagi, dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Yang Dipertua, ia telah memberikan impak positif kepada kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang. Ketegasan Dato’ Sri Azalina dalam mengendalikan Dewan Rakyat, mampu mengelak daripada berlakunya provokasi dan ‘pertikaman lidah’ oleh segelintir Ahli-ahli parlimen.

Melihat kepada kejayaan yang dilakar oleh mantan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang ini, membuktikan apa-apa pekerjaan sekalipun, jantina bukan lah isu utama malah kapabiliti dan kelayakkan merupakan antara perkara yang perlu dititik beratkan. Bila membicarakan tentang hak-hak wanita Dato Sri’ Azalina berpendapat bahawa “Ahli politik wanita perlu bekerja jauh lebih keras untuk kedudukan mereka. Ini kerana, konflik antara ideologi politik yang kadang- kadang tidak bersesuaian dengan fokus utama parti. Justeru itu, Dato’ Sri Azalina, telah mengingatkan ahli politik wanita untuk terus menyuarakan pendapat dengan tegas – tidak kira kaum, agama dan bangsa. Terutamanya, dalam soal hak-hak wanita dan hak-hak kanak-kanak kerana ianya selalu berkait rapat.

Dalam perkembangan sama beliau turut berpendapat masih ramai wanita berkaliber di Malaysia tidak diberikan peluang sewajarnya untuk menjadi pewakilan dalam sektor politik, ekonomi, industri, pendidikan, pertanian dan sebagainya. Bagaimanapun, pelantikan beliau sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dilihat sebagai langkah positif kerajaan dalam memperkasa wanita di Malaysia.

Selain itu, pelantikan beliau juga secara tidak langsung memberi pengiktirafan serta inspirasi kepada kaum hawa di luar sana untuk memainkan peranan yang lebih signifikan dalam negara. Diharapkan kaum wanita diberi lebih banyak peluang untuk menjadi pembuat keputusan di dalam sektor Kerajaan dan swasta.

Total Page Visits: 508 - Today Page Visits: 1
Tags: , ,

Related Articles

No results found.

Menu