Berita Parlimen Pengerang

PERKEMBANGAN PROGRAM PENGERANG PRIHATIN COVID-19

Misi bantuan Covid19 Parlimen P157 Pengerang di bawah Program Pengerang Prihatin semakin giat dijalankan. Program Pengerang Prihatin telah meliputi hampir semua lapisan masyarakat. Program ini mensasarkan golongan B40 (Pengerang Prihatin-B40), Ibu Tunggal (Pengerang Prihatin-Ibu Tunggal), Orang Kelainan Upaya dan Pesakit Kronik (Pengerang Prihatin-OKU & Kronik), Pemandu Teksi (Pengerang Prihatin-Teksi), Nelayan (Pengerang Prihatin-Nelayan), dan golongan peniaga kecil dan penjaja (Pengerang Prihatin-Peniaga).

Sehingga 5 November 2020, hampir semua golong sasar telah menerima manfaat. Antaranya ialah

  1. B40 (Pengerang Prihatin-B40)
  • Bantuan berbentuk barangan keperluan dapur kepada hampir 10,000 keluarga
  1. Ibu Tunggal (Pengerang Prihatin-Ibu Tunggal)
  • Bantuan berbentuk Blender 3 in 1 kepada hampir 1300 orang ibu tunggal
  1. Orang Kelainan Upaya dan Pesakit Kronik (Pengerang Prihatin-OKU & Kronik),
  • Bantuan berbentuk pampers, air matress, dan wheelchair yang merupakan program rutin bulanan.
  1. Pemandu Teksi (Pengerang Prihatin-Teksi)
  • Bantuan berbentuk Air Pump Kit kepada kira-kira 75 orang pemandu teksi dan pengusaha kereta sewa
  1. Nelayan (Pengerang Prihatin-Nelayan)
  • Bantuan berbentuk Tong Ikan yang mana sebanyak 45 Tong ikan telah diberikan kepada 9 Jeti Nelayan yang memberi manfaat kepada kira kira 626 orang nelayan
  1. Pelajar dan Guru (Pengerang Prihatin-Sekolah)
  • Bantuan berbentuk face mask kepada semua pelajar dan guru dengan sasaran 1 murid/guru 1 kotak face mask. Selain itu, thermometer juga diberikan kepada sekolah-sekolah terlibat. Bantuan ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 12,000 orang murid dan 1,155 orang guru di 36 buah sekolah dalam Kawasan Parlimen Pengerang.

Program Pengerang Prihatin akan diteruskan lagi memasuki fasa ke-6 dengan mensasarkan golongan peniaga dan penjaja kecil dibawah (Program Pengerang Prihatin-Peniaga) yang terjejas teruk akibat pandemik Covid19. Bantuan berbentuk meja dan kerusi plastik akan diberikan dalam masa terdekat kepada 350 orang peniaga yang telah dikenalpasti dan antara objektif bantuan ini ialah untuk membantu golongan ini meneruskan aktiviti perniagaan mereka dengan membekalkan keperluan tambahan seperti meja dan kerusi plastik.

Total Page Visits: 598 - Today Page Visits: 1

Related Articles

RM26 juta bangunkan projek perumahan di Bandar Penawar
Program #PengerangSihat yang menyasarkan saringan kesihatan percuma kepada 1000 pada 2021.
Menu