Berita Parlimen Pengerang

Sesi Menandatangani MOA Program #MySihat@Pengerang.

Alhamdulillah selesai sudah sesi menandatangani MOA di antara Perdana University dan NGO Pengerang bagi menjayakan program #MySihat@Pengerang.

Program #MySihat@Pengerang merupakan sebuah program saringan kesihatan secara percuma yang akan dilakukan di beberapa kawasan terpilih di sekitar Parlimen Pengerang.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat Pengerang terhadap pentingnya menjaga kesihatan dan mengekalkan amalan gaya hidup sihat.

Diharapkan kerjasama yang terjalin mampu membawa impak positif kepada masyarakat di sekitar Pengerang.

#MPPengerang(P157) #KitaJagaKita #PengerangPrihatin

Total Page Visits: 198 - Today Page Visits: 2

Related Articles

Mesyuarat Majlis Perbandaran Pengerang bersama Wakil Pemimpin rakyat di Pengerang.
Sesi Menandatangani MOA bersama NGO
Menu