Berita Parlimen Pengerang

SUMBANGAN FACE MASK KEPADA SEMUA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DALAM KAWASAN PARLIMEN PENGERANG – 1 MURID/GURU, 1 KOTAK FACE MASK.

Laporan kes Covid-19 saban hari mencatatkan peningkatan. Banyak kluster baharu yang muncul. Bermula di Kedah, Sabah dan kini gelombangnya mula merebak semula di Kuala Lumpur dan Selangor. Justeru itu, langkah proaktif dan berjaga-jaga perlu sentiasa diambil agar anak-anak kita juga terhindar daripada penularan virus ini. Ingat semua kita masih belum menang.

Satu inisiatif proaktif telah dibuat untuk memastikan anak-anak murid serta guru-guru di Pengerang sentiasa terhindar daripada jangkitan Covid-19. Oleh yang demikian, saya telah menyumbangkan Face Mask kepada semua sekolah dalam kawasan Parlimen Pengerang. Satu kotak Face Mask diberikan kepada setiap seorang murid-murid dan guru-guru di sekolah.

InshaAllah sumbangan Face Mask ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 12,000 murid-murid dan 1,155 orang guru-guru di sekolah menengah dan rendah seluruh Pengerang.

Sama-sama #KitaJagaKita dan hentikan penularan wabak Covid19.

#MPPengerang
#KitaJagaKita
#PengerangPrihatin

Total Page Visits: 69 - Today Page Visits: 1

Related Articles

Pejabat Ahli Parlimen Pengerang Teruskan Misi Agihan Bantuan COVID-19 Fasa Ke-5
USAHA MENAIK TARAF SMK TANJUNG PENGELIH UNTUK DIJADIKAN KOLEJ VOKASIONAL PENGERANG.
Menu