Alhamdulillah, dua pucuk surat yang saya utuskan kepada YB Menteri Kanan Pendidikan yang bertarikh 21 April 2020 dan 25 Ogos 2020 dan telah mendapat respon yang positif dari beliau. Terima kasih saya ucapkan.
Saya juga dimaklumkan bahawa sudah banyak siri mesyuarat dalaman dan lawatan tapak telah dan akan dilakukan dalam usaha menaiktaraf SMK Tanjung Pengelih menjadi Kolej Vokasional Pengerang.
Saya mohon doa rakyat Pengerang semoga usaha ini dipermudahkan dan menjadi kenyataan.
#MPPengerang #KitaJagaKita #PengerangPrihatin
Total Page Visits: 593 - Today Page Visits: 1