Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang yang berlangsung semalam telah meluluskan Usul Politik yang penting iaitu PRU15 harus diadakan segera sebelum Mei 2021 agar kestabilan politik dan ekonomi untuk rakyat dapat dikembalikan.

Apa yang penting, wabak #COVID19 dapat dibendung dan UMNO/BN dapat membangunkan dan menghebatkan semula negara Malaysia tercinta selepas kemelut wabak pandemik ini.

3 kerusi dalam Parlimen Pengerang iaitu DUN Tanjong Surat dan Penawar serta Parlimen Pengerang sendiri harus dikekalkan untuk UMNO demi kelangsungan membela nasib rakyat dan kemahuan akar umbi. Selama ini, jatuh bangun kawasan ini adalah bersama UMNO.

Dulu, Kini dan Selamanya.

Total Page Visits: 248 - Today Page Visits: 1
Menu